Program Pemulihan Dalam Komuniti Rumah Sayangku Telok Panglima Garang Kuala Langat Selangor ini bermula pada tahun 1992. Ia dikenali sebagai kelas harian khusus untu kanak-kanak istimewa sekitar mukim Telok Panglima Garang. Pada awal penubuhannya ia beroperasi sekali seminggu di perkarangan dewan klinik kesihatan daerah Telok Panglima Garang. Pada tahun 1994 ia dipindahkan kesebuah rumah yang disewakan di Jalan Pandan Taman Dato Hormat Telok Panglima . Sekitar tahun 1994 program PDK telah mula diperkenalkan. Kelas harian Rumah Sayangku telah ditukarkan menjadi PDK Rumah Sayangku Telok Panglima Garang. Pada tahun 1998 ia sekali lagi berpindah ke Kompleks Komuniti Taman Dato Hormat Telok Panglima Garang yang ada hingga sekarang ini. Denga adanya bangunan baru ini yang telah disumbangkan oleh YB Dato’Sri Dr.Hj. Shafie bin Mohd. Salleh yang ada pada ketika itu adalah Ahli Parlimen Kuala Langat dan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, maka PDK Rumah Sayangku telah menjadi semakin mantap dan aktiviti di PDK dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. PDK Rumah Sayangku kini berkembang dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat setempat dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment